Saturday 9 July 2011

Kasih yang suci

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.


Sunday 5 June 2011

effect banggg

Assalamualaikum..

Hari ni lepas tengok cerita nora Elena, ibu akk n aku gi tesco beli barang-barang dapur dan beli barang aku nak balik kampus,alahai barang-barang mandi jer pown.ngah syok-syok jalan-jalan kat tesco, tetibe pulak nampak aiman,tapi taktaw la ngan sape, ngan family die la kot.nasib baek la die tak nampak aku,aku pun tak nak die nampak aku,kang terkejut pulak tengok aku yang dah gemuk ni.huhuu.lagipun malas nak jumpe die dah.sampai bile-bile pun tak per la.tak bagi effect banggggg ape-ape pown.


boy and girl

A boy and a girl were playing together. The boy had a collection of marbles. The girl had some sweets with her.

The boy told the girl that he will give her all his marbles in exchange for her sweets. The girl agreed.

The boy kept the biggest and the most beautiful marble aside and gave the rest to the girl.

The girl gave him all her sweets as she had promised.

That night, the girl slept peacefully. 

But the boy couldn't sleep as he kept wondering if the girl had hidden some sweets from him as the way he had hidden his best marble.

Moral of the story ;
If you don't give your hundred percent in a relationship,
You'll always keep doubting
If the other person
has given his/ her hundred percent.

This is applicable for any relationship
Like love, friendship, employer-employee relationship etc,,

"It's niice to be an important person, but it's more important to be a nice person."





A : Accept. Terimalah diri seadanya.

B : Believe. Percaya kepada kemampuan diri.

C : Care.  Ambil berat terhadap orang sekeliling. 

D : Direct.  Arahkan pemikiran kepada hal-hal positif.

E : Earn. Terima penghargaan tanpa rasa riak.

F : Face. Hadapi masalah dengan yakin.

G : Go. Bergerak menuju wawasan.

H : Homework. Melakukan homework sebelum memulakan kerja.

I : Ignore. Abaikan perkara yang menghalang jalan menuju tujuan.

J : Jealousy.  Hindari rasa iri hati.

K : Keep. Terus berusaha walaupun beberapa kali gagal.

L : Learn. Belajar dari kesalahan dan jangan ulanginya.

M : Mind. Jaga urusan sendiri dan tidak sebar gosip tentang orang lain.

N : Never. Jangan pernah putus asa.

O : Observe. Amati perkara di sekeliling anda.

P : Patience. Sabar adalah kekuatan yang tidak ternilai.

Q : Question. Pertanyaan perlu untuk mencari  jawapan dan menambah ilmu. 

R : Respect. Hargai diri sendiri dan orang lain.

S : Self confidence, Self esteem, Self respect. Percaya kepada diri, sentiasa yakin dan menghormati diri sendiri.

T : Take responsibility. Bertanggungjawab keatas setiap tindakan yang dilakukan.

U : Understand. Fahami bahawa hidup pasti ada naik turunnya.

V : Value. Menilai diri sendiri dan orang lain agar sentiasa dapat melakukan yang terbaik.

W : Work. Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan jangan lupa berdoa.

X : X'tra. Usaha yang lebih keras pasti membuahkan hasil.

Y : You. Kamu perlu percaya bahawa kamu boleh mencipta kejayaan.

 Z : Zero. Tiada usaha tiada hasil. 





Dugaan itu bagus :)

Assalamualaikum.

Sepanjang sem break ni, macam-macam yang berlaku sama ada yang dijangka atau diluar jangkaan, peristiwa ni berlaku pada hari isnin (30/5/2011) pukul 6.00petang. ibunda ajak pergi pasar malam dan tesco tapi akulah yang kene drive sebab kereta ayah takde sape yang berani drive sebab macam-mcam leh berlaku, so kami berdua jer pergi sebab akak nak tengok cerita nora Elena.

First trip: pasar malam (station 18)

Mase kat pasar malam ibunda yang teramat sayang nak beli limau kasturi, tomato, ngan telur ayam kampung.tapi dalam list ni yang paling teruk nak mendapatkannya ialah telur ayam kampung.mane ade orang jual telur ayam kampung kat pasar malam der =) penat melilau-lilau tetiba nampak ade orang jual telur ayam kampung + telur itik.tapi ade lah dalam 11 biji.ha bagus sangatlah ibunda Cuma nak 10 biji jer, yang ade 11 biji. Alhamdulillah.alahai ciput jer pown telur yang dijual.takperlah kami pown beli jugaklah. Terus maju kedepan dan mencari jalan menuju ke kereta.aduhh jauh plak.ngah syok jalan-jalan, nampak plak tira(kwn sek men dulu) pastu ape lagi bersalam-salaman,bercium-ciuman la kami,tetibe telur ayam kampung jatuh dan pecahhhhh.OMG, ibunda marah, dah la susah nak dapat pastu pecah pulak.takder 
rezeki la tuh.

Second trip: tesco

Lokasi tesco dekat jer dengan pasar malam, lebih kurang sejengkal jer. Tapi sejengkal-sejengkal pown aku diam membisu jer sebab sebersalah ngan ibunda yang tersayang.sorry yer mummy.hihihihi.ibu pown masuk dalam tesco beli barang-brang yang lain, aku taknak ikut sebab takut jadi lagi insiden-insiden macam tadi lagi.1/2 hour ibu pown selesai beli barang and ready going back home.bile nak start jer enjin,tetibe takleh plak..aduhmaa ayoopaa,battery kereta abih.patut la sume taknak drive kereta ayah.hehehe.ayah dari batu gajah(umah opah) datang ambik kami kat tesco tapi sebelum tu ayah transfer cas battery dari kereta ibu ke kereta ayah, and start from today I’ve learn how to transfer  power of battery from another car.tu memang bukan kerja pompuan tapi girls u must know it much more,more than it..nak dipendekkan cerita kul 10 baru ler kami sampai rumah.letihh =(
p/s dugaan itu mengajar kita menjadi lebih bersabar+++
(seronok kalau kita ditimpa dugaan, dan lebih seronok jikalau kita dapat menyelesaikannya =) )


Solat, ubat mujarab pengusir kesedihan

Assalamualaikum

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam surah Al-Baqarah, ayat 153:

…..wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat…
          
             Apabila ketakutan meliputi anda, kesedihan menghimpit anda, dan kerisauan mencekik anda, maka bersegeralah anda mendirikan solat, nescaya jiwa anda akan kembali tenteram dan tenang! Sesungguhnya solat itu atas izin Allah, boleh menjaga anda dengan menghilangkan kesedihan dan kerisauan yang menghimpit anda selama ini.
            Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam dirundung masalh, baginda bersabda kepada Bilal bin Rabbah Radhiyallahu ‘anhu

Wahai Bilal,aku dapat merasa tenang dengan solat (Al-Hadith)
           
            Begitulah, solat benar-benar merupakan penyejuk hati dan sumber kebahagiaan bagi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
            Saya telah banyak membaca sejarah hidup beberapa orang tokoh kita. Dan umumnya, apabila saat mereka dihimpit dengan persoalan hidup dan menghadapi banyak dugaan, maka mereka segera memohon pertolongan Allah dengan mendirikan solat dengan khusyu’. Begitulah cara mereka mencari jalan keluar, sehinggalah kekuatan, semangat, dan tekad hidup mereka pun pulih kembali.
            Solat khauf dilakukan pada saat-saat genting, yakni saat kematian terjadi di mana-mana dan banyak nyawa melayang akibat peperangan. Apabila keadaan semakin memburuk, maka solat akan memperbaikinya. Ini merupakan isyarat bahawa sebaik-baik penenang jiwa dan ketenteraman hati adalah solat yang khusyu’
            Setiap generasi umat manusia yang sedang dideritai berbagai penyakit kejiwaan saat ini, hendaklah sering mengunjungi masjid dan menghamparkan keningnya di atas lantai tempat sujud dalam rangka meraih keredhaan dari Ilahi. Dengan melakukan sedemikian, nescaya ia akan selamat dari pelbagai himpitan hidup. Jika tidak, tangisannya mungkin akan membakar kelopak matanya dan kesedihan akan menghancurkan urat sarafnya. Maka jelaslah bahawa seseorang itu tidak memiliki sebarang kekuatan untuk meraih ketenangan dan ketenteraman hati selain dengan mendirikan solat.
            Salah satu daripada nikmat Allah yang paling besar- jika kita mahu berfikir-ialah perlaksanaan solat wajib lima waktu dalam sehari semalam, yang merupakan  sebagai dosa-dosa dan pengangkat darjat kita di sisi Tuhan. Di samping itu, solat lima waktu juga merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati pelbagai kesedihan dan pelbagai macam penyakit yang kita deritai. Betapapun, solat mampu meniupkan ketulusan iman dan kejernihan iman ke dalam relung hati, sehingga hati redha dengan apa jua ketentuan Allah.
            Adapun mereka yang menjahui masjid dan meninggalkan solat, maka mereka hanya akan beralih dari kesusahan yang satu ke kesusahan yang lain, dari goncangan jiwa ke goncangan jiwa yang lain, dan dari kesengsaraan yang satu ke kesengsaraan yang lain.

……maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menghapus amal-amal mereka…..(Muhammad:8)

ilmu pengetahuan dapat membuat bahagia

Assalamualaikum

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam surah An-Nisa’, ayat 113:

……dan Dia telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Dan adalah kurnia Allah itu sangat besar.

Kebodohan itu adalah tanda kematian jiwa, terbunuhnya kehidupan dan mensia-siakan umur.

…..sesungguhnya Aku mengingatkan kepadamu supaya kamu tidak termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan.(Hud:46)

Sebaliknya, ilmu adalah cahaya bagi hati nurani, menghidupkan jiwa dan pemacu semangat.
Dan apakah orang yang mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang , yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap-gelita yang berkali-kali tidak dapat keluar daripadanya?....(Al-An’am:122)

Sesungguhnya kebahagiaan dan keceriaan itu datang bersama ilmu pengetahuan. Itu, kerana ilmu mampu mengubah sesuatu yang tidak jelas , menemukan sesuatu yang telah hilang , dan menyingkap sesuatu yang tersembunyi. Dengan ilmu, jiwa manusia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang baru dan selalu ingin mengkaji pengetahuan yang lain.

Kebodohan itu sangat membosankan dan menyedihkan. Ini adalah kerana, ia tidak pernah menimbulkan sesuatu yang baru yang lebih menarik dan segar, di mana yang kelmarin terasa bagaikan seperti hari ini, dan yang hari ini pula bagaikan hari esok.

Sekiranya anda inginkan kebahagiaan, maka tuntutlah ilmu, carilah ilmu pengetahuan, dan raihlah pelbagai manfaatnya, nescaya hilanglah segala kesedihan, kepedihan, dan kecemasan.

…...dan katakanlah: “YaRabbku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan .” (Thaha:114)
Bacalah dengan nama Rabbmu Yang menciptakan.(Al-‘Alaq:1)
Siapa saja yang dikehendaki Allah menjadi baik, nescaya akan Dia fahamkan tentang agama (Islam). (Al-Hadith)

            Janganlah seseorang merasa sombong dengan harta atau kedudukannya, sedangkan ia seorang yang tiada berpengetahuan sedikit pun. Sesungguhnya kehidupannya tiada kesempurnaan dan umurnya tiada member manfaat.

Adakah orang yang mengetahui bahawasanya apa yang diturunkan kepadamu itu benar sama dengan orang yang buta……(Ar-Ra’d:19)

 Az-Zamakhsyari, dalam sebuah syairnya berkata:

Berjaga malam kerana mencari ilmu
lebih nikmat bagiku daripada kekayaan
dan kepuasan yang telah kucapai.
Perputaran roda kehidupan
telah melemparkan ke dalam kesulitan
namun itu lebih menyenangkan
sebab aku terus belajar menyelesaikan masalah.
Suara goresan pena di atas kertasku
lebih merdu daripada alunan lagu kesmaran
lebih indah daripada tabuhan rebana remaja puteri
sedangkan lembaran tulisanku
menebarkan butiran pasir hikmah.
Wahai kalian semua
raihlah harapan dan mimpimu
seberapa pun jarak penulis dengan bukunya.
Haruskah aku tetap tertidur dua bulan
sehingga mimpiku menjadi kenyataan?

            Betapa mulianya ilmu pengetahuan dan betapa gembiranya jiwa seseorang yang menguasainya. Betapa sejuknya dada yang disiramnya dan betapa gembira perasaan ini menyambut kehadirannya.

Maka apakah orang yang berpegang teguh pada keterangan yang datang dari Rabbnya sama dengan orang yang (syaitan) menjadikan dia memandang baik perbuataannya yang buruk dan mngikuti hawa nafsunya? (Muhammad:14)

Thursday 26 May 2011

nora elena

Assalamualaikum
Pukul 7.00 petang.ok mase untuk tonton cerita “nora Elena” kat tv3, bukannyer kat astro..tajuk cerita nak gempak saje,tak nak kalah.cerita nyer best jugak walaupun tengok kat pertengahan cerita tapi tak pe ade tukang cerita yang sedia bercerita dari episode satu hingga la episode yang terkini (kakak sulong).cerita nyer best, malas nak cerita dari awal so kite start dari tengah,ceritanyer cam gini, eid ngan nora Elena dah bertunang dan akan berkahwin tak lame lagi,persiapan untuk perkahwinan pun hampir siap,keluarga nora Elena agak sederhana dan hanya tinggal dikampung dan persiapan perkahwinan memakan wang perbelanjaan yang banyak, eid ragu-ragu dengan perhubungan mereka kerana mendapati tunangnya ade hubungan dengan bos eid merangkap teman lama nora Elena iaitu Seth Tan(cina+melayu) padahal kawan jer, nora tak der hati lagsung kat Seth tapi Seth dah lame sayang nora sejak dari sekolah lagi namun die sedar cintanya ditolak. Macam-macam tuduhan yang eid tujukan kat nora yang menyatakan seth ada hubungan dengan seth. Kesian nora,nora cuba nak kukuh kan hubungan tu tapi tak berjaya sebab eid terjumpa baju seth kat rumah nora,eid ingt dieorang ade wat hubungan sulit la tu padahal baju tu nora basuh sebab die pernah tumpahkan kopi kat baju tu.eid pown putuskan pertunangan mereka TANPA SOAL SIASAT. Tak gune, sian tunang die.atleast soal siasat la dulu kan. Nora buntu dan xtaw nak buat ape, nora balik ke kampung dan berbincang dengan family die sebab persiapan perkahwinan hampir siap dan banyak duit yang abis untuk perkahwinan mereka yang akan datang. Mak nora pengsan bila rombongan eid datang untuk putuskan pertunangan.tak sempat-sempat eidnyer pown,berbincang ler dulu.family nora tak tahu nak buat macam mana sebab malu dengan orang kampung.mak nora tak henti-henti nangis sebab memikirkan duit yang abis untuk majlis yang tak jadi.sian mak dia.mak nora minta supaya perkahwinan diteruskan tetapi bukan dengan eid, ngan seth sebab seth sayangkan nora. Seth jugak menerima nora demi menjaga maruah keluarga nora.bagusnyer seth.sanggup berkorban untuk orang yang tersayang.eid pulak tak nak dengar cerita dari kawan-kawan nyer. Sekurang-kurangnyer dengar la ape yang dorang nak cakap n explain tentang ape yang sebenarnyer berlaku.ni tak terus jer mintak putus tunang.hancur hati member tu.last-last eid gak yang merana sebab tak buat usul periksa dulu before putuskan pertunangan.padan muke ko weh.sengal sangat.sekarang eid menyesal ngan perbuatan die.seth dan nora pulak telah selamat diijabkabulkan.aminn..
p/s: wat usul periksa dulu sebelum membuat keputusan,bila kita tengah marah kite tak kan dapat berfikir dengan bijak

Wednesday 25 May 2011

serbaserbisebab


ni la yang 'dikerjakan' sepanjang cuti sem ni,takdelah panjang sangat cutinyer pown tapi boleh la kalau-kalau sape-sape yang bercadang nak menambahkan lagi lemak-lemak yang ade
*ello mem,tak cukup ker lemak yang dah ade?
*bukannye nak usaha untuk membakarnyer malah membiak dengan lebih giat lagi.
aishh tak boleh, kat umah sume ade
dari bekfes sampai ler ker supper
kalau terjaga tengah-tengah malam pun ade makanan yang khas jgak (biskut kering + air kosong)
(ade lagi satu task yang kene wat,aduh malas, nak golek-golek jer leh? PROPOSAL!!)
tu pun jadi masalah juga, kerja tertangguh,bila perkara ini berlarutan,kerisauan dan kerungsingan melanda larh before naik sem.

it's actually defined me!

there is one thing that makes this holiday really does not give any meaning

olet n oled presentation TAK ADE
suka kan buat orang tertunggu-tunggu dan bersusah payah study tentang benda yang kita tak belajar, owh sangat "seronok"

oh! i'm so happy with this kind of life!!




Thursday 19 May 2011

OLED vs OLET

hepy holiday with a lot of RESEARCH!!
owg len ngah dok syok terlepek kat umah

  •  ngok tv,
  • berfacebooking
  • mghabiskan movie2
  • bercooti
  • n mnmbh duit (partime job lorh)
research per erk dok mrepek nih?? (act cam bereducation konon)
ngah sume org ngah syok bercootiee, guer plak ngah syok dok belek bnda alah ni
organic light emitting diode and organic light emitting transistor
dah lme ak hadap ko la weyh, sejak dr study week lg..
tak paham r pekebendenyer sbnrnyer ko ni
xpe2 research must be go with the wonderful colourful pixca of smile..hurm..


19/05/2011

HEPPY BUFDAY
actually today is ur bufday
xdpt nk bg hdiah cm dulu dah
semoga pnjg umur dan murah rezeki
20th 


Wednesday 18 May 2011

perpisahan ini

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara


Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi

Dirimu pergi biar ku sendiri
Dulu kita satu jiwa satu impian

Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Friday 13 May 2011

end of 2nd year

yaay!!!
end of the 2nd year,
flight to the 3rd year,
20th years old ALREADY?
owh no..